SEMAKAN BANTUAN BULANAN MAIK (TERKINI 2024)

SEMAKAN BANTUAN BULANAN MAIK (TERKINI 2024)

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah memperkenalkan program bantuan bulanan untuk golongan yang memerlukan. Bagi pemohon yang layak dan menepati syarat yang diberikan, boleh memohon untuk mendapatkan bantuan tetap bulanan. MAIK berbesar hati untuk membantu golongan yang lebih memerlukan agar nasib mereka tidak tercicir.

Bagaimanakah semakan bantuan bulanan MAIK yang terkini? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CHECK STR FASA 4 (SEMAKAN BANTUAN 2024)

PENGENALAN BANTUAN BULANAN MAIK

MAIK membuat satu inisiatif bantuan yang diberikan secara bulanan kepada asnaf yang layak untuk meringankan bebanan kewangan / menampung perbelanjaan harian. Bantuan ini telah dihadkan dan layak untuk beberapa kategori asnaf sahaja seperti fakir, miskin dan muallaf.

Bantuan bulanan ini diberikan kepada penerima yang telah diluluskan permohonan dengan kadar yang tertentu. Kadar ini diberi mengikut kemampuan individu atau yang mempunyai tanggungan untuk disara seperti berikut:

  • Kadar 1 (RM400):
    • Bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang memenuhi syarat kelayakan dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan kepada penilaian pihak MAIK
  • Kadar 2 (RM200):
    • Bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan kepada penilaian pihak MAIK. (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

MAIK telah menetapkan syarat-syarat yang layak memohon bantuan bulanan ini. Antaranya ialah:

  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Pemohon hendaklah berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan kepada penilaian pihak MAIK
  5. Pemohon bawah umur 60 tahun layak sekiranya pemohon tersebut menghidapi penyakit kronik (terlantar / tidak mampu bekerja) atau tergolong dalam asnaf muallaf dan kes-kes tertentu berdasarkan penilaian pihak MAIK
  6. Bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana badan atau agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat kecuali pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan

RUJUKAN

Maklumat di atas adalah dirujuk dalam Portal Rasmi MAIK. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di bawah:

Leave a Comment