SEMAKAN ASAS RAHMAH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Peningkatan kadar bantuan SARA adalah isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Penambahbaikan kepada SARA ini meliputi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA sehingga ke tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu berjumlah RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Bagaimanakah semakan asas rahmah? Ikuti penjelasan dibawah bagi mengetahui maklumat terkini.
BACA JUGA: SEMAKAN STR FASA 1 LOGIN
KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Syarat kelayakan yang dikenakan kepada penerima adalah supaya penerima yang layak sahaja dapat menerima bantuan ini dengan sewajarnya. Syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH
Pembayaran sumbangan bagi setiap kategori adalah berbeza seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH MASUK KE MYKAD
Hebahan telah dibuat bahawa bantuan SARA ini akan mula disalurkan pada 15 Januari 2025, Rabu kepada kawasan semenanjung bagi kategori miskin dan miskin tegar. Sila rujuk di bawah untuk maklumat lain:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari (Rabu) sehingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN ASAS RAHMAH
Penyemakan adalah digalakkan bagi memastikan jumlah yang diterima adalah sebetulnya dengan kategori yang diluluskan. Pautan dibawah boleh dirujuk:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]