SEMAK STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN

SEMAK STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN

TERKINI! Media Kementerian Kewangan Malaysia telah memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 2 akan dilakukan sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri 2025 kepada penerima yang berkelayakan.

Penerima sedia ada dan penerima baharu digalakkan untuk membuat semakan status bagi penerima bayaran bantuan ini.

Bagaimanakah semak STR fasa 2? Sila ikuti info semasa dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 2

Penerima untuk fasa 2 ini boleh membuat semakan dengan merujuk panduan dibawah:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2025

Penerima akan disalurkan sumbangan ini melalui dua kaedah seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 2
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

Bantuan STR 2025 ini akan mula disalurkan secara berperingkat untuk fasa 2 ini seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:

KAEDAH PENERIMAANTARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
Kredit dalam akaun bank penerima24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat

Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

AMAUN BAYARAN FASA 2 SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Penerima akan menerima jumlah bantuan seperti berikut untuk fasa 2:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 – RM650
(Bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 – RM300
(Bergantung jumlah anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment