SEMAK SARA TERKINI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK SARA TERKINI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Terkini penyaluran bantuan SARA sesi 2025 masih diteruskan dengan kelayakan adalah kepada golongan miskin dan miskin tegar dalam data eKasih. Bermula April 2025, penyaluran turut dibuka kepada penerima STR kategori isi rumah dan juga warga emas tanpa pasangan.

Bagaimanakah semak SARA? Ikuti info serta maklumat yang seterusnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STR FASA 3

SEMAK STATUS PENERIMA SARA

Penerima boleh merujuk panduan dibawah untuk melakukan semakan:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN

Semak jumlah penyaluran bantuan kepada penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAK CARA PEMBELIAN BANTUAN SARA TERKINI

Panduan dibawah adalah cara untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan bantuan SARA:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

Barangan MyKasih yang diluluskan untuk dibeli menggunakan bantuan adalah seperti berikut:

  1. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  2. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  3. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  4. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  5. Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  9. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  10. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  11. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  12. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  13. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment