SEMAK BANTUAN SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Menerusi sidang media rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi kenyataan bahawa akan menggerakkan ahli-ahli gerakannya ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Hal ini dilakukan bagi mengesan semua golongan miskin dan miskin tegar yang tergolong dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.
Seterusnya, senarai nama yang dikumpul akan diserahkan kepada penyelaras yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program ini iaitu Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).
Bagaimanakah semak bantuan Sabah? Ikuti penjelasan lanjut dibawah bagi ketahui info-info serta maklumat yng penting.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
APA ITU BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah ini dinamakan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ialah sebuah program inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Hal ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Program ini diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Sasaran untuk peringkat awal ini adalah untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah ini akan diberikan kepada penerima yang menepati syarat kelayakan seperti berikut:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
*Catatan : Sekiranya anda memenuhi yang ditetapkan seperti di atas, anda juga layak untuk memohon.
JUMLAH BANTUAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini akan menyalurkan wang bantuan sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Hal ini membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membantu golongan rakyat Sabah yang amat memerlukan bantuan sara hidup ini.
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN
Setakat ini, tarikh rasmi belum lagi dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah. Maklumat yang telah dikenal pasti adalah bantuan Sabah ini akan dilaksanakan secara berfasa bermula Februari 2025.
Penerima akan mendapat bantuan ini dalam bentuk pakej. Kami akan kemaskini maklumat dari semasa ke semasa sejurus dihebahkan.
SEMAK STATUS BANTUAN SABAH
Sehingga kini, Pihak Kerajaan Negeri Sabah masih belum membuka sebarang portal rasmi untuk membuat semakan status atau status penerima yang layak. Hal ini akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/