SARA 2025 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SARA 2025 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Semakan status untuk mengetahui sama ada layak atau tidak menjadi penerima bantuan SARA 2025 boleh dilakukan dengan secara dalam talian sahaja. Penerima boleh teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk mengetahui info selanjutnya.

Bagaimanakah SARA 2025 semakan? Ikuti maklumat selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS E KASIH

SARA 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA

Pautan rasmi dibawah ada disediakan untuk penerima melakukan semakan status:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA PEMBELIAN DI PASARAYA

Langkah-langkah berikut adalah yang dilakukan di pasaraya untuk membuat pembelian:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment