REGISTER BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN / DAFTAR BKK)

REGISTER BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN / DAFTAR BKK)

11 bantuan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban rakyat, terutamanya kumpulan sasar KPWKM. Pemberian bantuan akan diluluskan sekiranya mengikut kriteria yang ditetapkan sehingga layak memperoleh sebanyak RM 1000 sebulan.

Bagaimanakah register Bantuan Kanak-Kanak JKM? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2024)

SYARAT DAFTAR BANTUAN KANAK-KANAK

JKM telah meletakkan beberapa syarat untuk mohon Bantuan Kanak-Kanak seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

KADAR BANTUAN BKK

Kadar bantuan ini ialah mengikut umur kanak-kanak seperti di bawah:

  • Umur 6 tahun dan ke bawah : RM 200
  • Umur 7 hingga 18 tahun : RM 150

Maksimum bantuan ini adalah sehingga RM1000 sebulan untuk sekeluarga.

REGISTER BANTUAN KANAK-KANAK

Bantuan kanak-kanak boleh dimohon melalui permohonan fizikal dengan menghadiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan : PERMOHONAN/PENDAFTARAN BANTUAN BKK.
  2. Paparan eBantuan JKM akan ditunjukkan.
  3. Kemudian, klik pada [Bantuan & Syarat Pemberian Bantuan].
  4. Pemohon perlu baca maklumat penting sebelum memohon.
  5. Lihat ke bawah dan klik pada [JKM 18 Borang Permohon Bantuan].
  6. Muat turun borang tersebut dan cetak untuk diisi.
  7. Lengkap borang permohonan dengan maklumat yang benar dan tepat.
  8. Seterusnya, lampirkan dokumen sokongan bersama borang permohonan.
    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan MyKad/MyKid/sijil lahir ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan Kad OKU/Slip Pendaftaran Semasa (Bagi Pemohon OKU)
    • Salinan sijil kematian/penceraian (Jika Berkaitan)
    • Pengesahan rawatan dari klinik atau hospital (Jika Berkaitan)
    • Penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (Jika Bekerja Sendiri)
    • Salah satu salinan bil utiliti (Bil Air/Bil Elektrik/Telefon/Astro dll)
  9. Kemudian, hantar borang bersama dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian.
  10. Selesai.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon dan urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh terus hubungi pihak berwajib di:

  • Laman web : https://www.jkm.gov.my/
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Maklum Balas : https://kpwkm.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Leave a Comment