PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH FASA 1 RM900
Krisis kemiskinan tegar di negeri Sabah telah membawa kepada pelbagai inisiatif bantuan diwujudkan supaya krisis ini dapat diatasi dengan sewajarnya.
Program bantuan untuk rakyat Sabah khususnya telah diadakan dengan harapan sumbangan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi serta memelihara kepentingan asas kehidupan rakyat.
Apakah Program Sentuhan Kasih Rakyat? Ikuti maklumat serta info dibawah dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: PSKR FASA 1 2025
APA ITU BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah yang dilancarkan adalah melalui Program Rakyat dimana saluran bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM300 setiap bulan. Penerima yang berkelayakan akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat.
Kerajaan Negeri Sabah mengharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan krisis kewangan yang dihadapi rakyat dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Rakyat yang menepati semua ciri kelayakan yang disenaraikan dibawah adalah layak untuk mendapat manfaat bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Kadar bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 Jumlah bayaran adalah untuk tempoh tiga bulan serentak. |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
Penyaluran bantuan adalah seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025, Rabu |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Oktober – Disember 2025 |
Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.
Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penerima yang layak akan mendapat manfaat bantuan ini melalui berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
SEMAKAN STATUS PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
Penerima yang berkelayakan boleh membuat semakan status dengan melalui dalam talian sahaja. Ikuti panduan dibawah untuk membuat semakan:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/