PERMOHONAN SBP 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Sukacitanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah dibuka. SBP merupakan antara program sekolah khusus di bawah KPM. Permohonan kemasukan sesi 2025 terbuka untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pendaftaran permohonan SBP 2025 dikendalikan secara online sepenuhnya.
Bagaimanakah permohonan SBP 2025 secara online? Ikuti panduan di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN MRSM 2025 ONLINE (TINGKATAN 1 & 4)
PENGENALAN SBP
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan institusi pendidikan menengah di Malaysia yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang terancang dan kondusif untuk pelajar-pelajar cemerlang. Objektif utama penubuhan SBP adalah untuk membangunkan potensi murid dalam aspek akademik dan kokurikulum, di samping menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar, terutamanya dari kawasan luar bandar. Kini, terdapat 4 jenis SBP seperti SBP Premier, Sekolah Menengah Sains (SMS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
TARIKH PERMOHONAN SBP
Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024. Tarikh semakan Pusat Pentaksiran Sekolah Khusus (PKSK) adalah seperti berikut :
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 September – 17 Oktober 2024
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 September – 3 Oktober 2024
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2024
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2012 – 1 Januari 2013
- Murid Tingkatan 3 Sesi 2024
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
PERMOHONAN SBP 2025
Pendaftaran permohonan SBP adalah seperti berikut:
- Sila akses pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bagi permohonan Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my/ bagi permohonan Tingkatan 4 atau Tahun 1 SVM.
- Pemohon dikehendaki membaca panduan permohonan terlebih dahulu.
- Kemudian, sila klik pada [Borang Permohonan].
- Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan diri dan nombor kad penegenalan penjaga utama dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Pastikan segala maklumat yang diisi adalah benar dan cetak borang permohonan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh rujuk kepada pihak berwajib:
- Portal Rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/kementerian
- No. Telefon : 03-8884 6456
- E-mel Rasmi KPM : adukpm.moe.gov.my