PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN MyLesen B2
Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu bantuan untuk golongan B40 serta tanggungannya untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia untuk kelas B2 secara percuma.
Kuota bantuan ini adalah terhad kepada 5,000 peserta sahaja dan semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung oleh Kerajaan.
Bagaimanakah permohonan lesen percuma 2026? Ikuti info berikutnya di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: DAFTAR BINGKAS SELANGOR
PROGRAM MYLESEN B2
Program ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu penerima atau tanggungan dalam mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Kos bagi seluruh program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di mana terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan dibuat.
Pada tahun 2025, pelaksanannya telah diperluas sehingga ke institusi pendidikan, sebagai usaha bagi memudahkan pelajar serta golongan belia daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk memperoleh lesen motosikal.
Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) akan menguruskan jadual latihan, sesi pembelajaran, serta ujian memandu, dan juga mengumumkan tarikh ujian praktikal kepada peserta.
Setiap peserta diwajibkan untuk melengkapkan semua modul latihan dan lulus ujian mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum lesen dapat dikeluarkan.
Selain itu, kerjasama antara JPJ dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri telah diadakan bagi melaksanakan program ini pada peringkat sekolah, terutamanya bagi membantu pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah untuk memperoleh lesen B2 secara sah dan selamat.
SYARAT PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026
Pemohon yang mempunyai kriteria seperti berikut adalah layak untuk mendaftar dan menjalani program ini:
- Warganegara Malaysia
- Golongan B40 dan tanggungan
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
- Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
- Sihat fizikal dan mental
- Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian.
KOS PENGAMBILAN LESEN MEMANDU B2
Seperti yang dimaklumkan, tiada bayaran dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Walaubagaimanapun, os-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan ke kelas, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta kerana tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
TEMPOH MASA LATIHAN SERTA UJIAN
Pemperolehan lesen memandu yang sah haruslah dengan mengikuti semua kelas, latihan serta ujian yang telah ditetapkan untuk peserta:
- KELAS LESEN: B2
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Sekiranya peserta gagal untuk menamatkan program lesen percuma ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 3 bulan, peserta akan dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 pada tahun itu.
CARA PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026
Sesiapa yang ingin melakukan permohonan, anda boleh mendapatkan borang permohonan di:
- Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia
- Borang Permohonan MyLesen B2 / 2026 : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbHvjaMDweMWeinMnQKTNk-3uzaRYJWvsyUBNbvziKXqYKQA/viewform
RUJUKAN
Maklumat dan info di atas adalah perkongsian mengenai bantuan kerajaan yang diambil daripada Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
Anda juga boleh ikuti laman sosial JPJ seperti berikut:
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia