PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR (PDF 2024)
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini berbentuk wang sebagai sokongan untuk keluarga-keluarga pasca-pandemik yang menghadapi cabaran ekonomi. Wang yang diberikan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian keluarga serta alat pendidikan.
Bagaimanakah permohonan baru BINGKAS Selangor? Ikuti panduan di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SESI 2025)
PENGENALAN BINGKAS SELANGOR
Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga yang layak di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ini dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.
Manfaat program ini termasuklah:
- e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai.
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
- Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan.
- e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SYARAT PERMOHONAN BINGKAS
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
TARIKH PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR
Permohonan baru BINGKAS Selangor 2024 boleh dibuat mulai 5 Julai 2024 hingga 15 Ogos 2024.
PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR
Terdapat dua (2) cara untuk membuat permohonan BINGKAS Selangor, iaitu :
- Laman Web Rasmi BINGKAS Selangor
- Aplikasi SELANGKAH
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS Selangor di https://www.bingkasselangor.com/ atau memuat naik aplikasi SELANGKAH Wallet di peranti.
- Tekan butang [Daftar Sekarang].
- Bagi pemohon baharu, pemohon perlu tekan [Daftar Akaun Selangkah Baru] terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
- Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu memasukkan nombor telefon dan kata laluan yang betul.
- Kemudian, tekan [Log Masuk].
- Selepas pemohon berjaya log masuk, pemohon hendaklah mengisi segala maklumat yang diminta dengan betul.
- Pemohon diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen dalam bentuk PDF untuk dilampirkan dengan permohonan. Senarai dokumen adalah seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
- Seterusnya, pemohon perlu membaca terma dan syarat BINGKAS dengan teliti dan tanda [/] sekiranya bersetuju.
- Setelah permohonan dihantar, status permohonan dan pendaftaran berjaya akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS Selangor. Sekiranya pemohon mempunyai kekeliruan, sila rujuk pihak berwajib melalui:
- Talian Online Selcare : 1-800-22-6600
- E-mel Rasmi : [email protected]
Saya ingin membuat permohonan baru tetapi permohonan di tutup. Bila ka permohonan di buka.