PADANS SABAH 2025 FASA 1 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Inisiatif untuk pembasmian kemiskinan di negeri Sabah telah dilancarkan iaitu melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah. Mekanisme program ini adalah dimana penerima akan disalurkan wang sumbangan bagi membantu menampung kos sara hidup rakyat.
Apakah PADANS Sabah 2025? Sila ikuti penjelasan berikut untuk mengetahui info terkini dan maklumat lebih lanjut.
BACA JUGA: PSKR FASA 1 2025
APA ITU BANTUAN SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat diadakan bagi menyalurkan sumbangan kepada rakyat Sabah yang berkelayakan dan merupakan golongan miskin dan miskin tegar dalam Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Setiap penerima yang layak akan diberi sumbangan secara berfasa iaitu sehingga empat fasa. Jumlah pemberian juga adalah sama kepada semua penerima.
Melalui penyaluran sumbangan ini diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada rakyat serta mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN PADANS SABAH
Syarat kelayakan yang dikenakan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN SABAH
Penerima yang berkelayakan akan menerima wang tunai berjumlah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 Jumlah bayaran adalah untuk tempoh tiga bulan serentak. |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN PADANS SABAH
Bantuan akan disalurkan secara berfasa merujuk kepada rajah dibawah:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025, Rabu |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Oktober – Disember 2025 |
Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.
Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan akan dilakukan dengan kaedah berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
PORTAL RASMI PADANS SABAH SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN
Semakan status samada layak atau tidak boleh dilakukan dengan melayari portal rasmi. Ikuti langkah berikut dengan teliti:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/