PADANS SABAH FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Usaha dalam membasmi kemiskinan masih berlangsung di Sabah ekoran pelancaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang diadakan bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.
Golongan rakyat yang berkelayakan untuk menerima bantuan ini khususnya kepada golongan miskin dan miskin tegar.
Apakah PADANS Sabah? Ikuti maklumat dan info lanjut dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN SARA HIDUP 2025
APA ITU BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah yang dinamakan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah diadakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah dalam menyediakan keperluan asas dan mengurangkan beban kos sara hidup isi rumah rakyat.
SYARAT KELAYAKAN PADANS SABAH
Penerima yang mempunyai kriteria seperti dibawah adalah layak untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN
Bantuan akan disalurkan kepada penerima secara berfasa dan berperingkat. Anda boleh rujuk rajah dibawah untuk semakan.
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025 |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Oktober – Disember 2025 |
Catatan: Penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.
JUMLAH BANTUAN PADANS SABAH 2025
Bantuan yang disalurkan kepada penerima secara berfasa dengan jumlah yang sama iaitu seperti berikut:
FASA | AMAUN | AGIHAN BERMULA |
---|---|---|
Fasa 1 Januari – Mac | RM 900 | Februari |
Fasa 2 April – Jun | RM 900 | April |
Fasa 3 Julai – September | RM 900 | Ogos |
Fasa 4 Oktober – Disember | RM 900 | Oktober |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan akan disalurkan kepada penerima dengan menggunakan kaedah berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH PADANS
Semakan boleh dibuat secara dalam talian dengan merujuk panduan berikut:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
CARA BUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN
Permohonan baru boleh dibuat menerusi dalam talian dengan merujuk panduan dibawah:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Pengguna akan dibawa masuk ke Laman Utama PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS).
- Untuk Permohonan Baru, sila ke pilihan (Permohonan Baharu SKR) sebelah kanan atas sekali di skrin anda.
- Klik butang (Permohonan Baharu SKR).
- Anda akan dibawa ke Laman Daftar Akaun Pengguna.
- Pemohon yang Pertama Kali ingin memohon, sila isi Maklumat lengkap dan sahih di bahagian ini.
- Isi Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Email, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan.
- Seterusnya tekan (Daftar Pengguna).
- Ikuti langkah seterusnya yang dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/