MYSTR LOGIN 2026 : CHECK STATUS, TARIKH BAYAR, KADAR BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 1 2026
Kementerian Kewangan Malaysia telah pun mengistiharkan bahawasanya 20 Januari 2026, Selasa akan disalurkan Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa pertama. Orang ramai sudah boleh mula melakukan beberapa perkara penting sebelum tibanya tarikh berkenaan.
Antaranya, bakal penerima boleh melakukan semakan kelayakan terlebih dahulu untuk mengetahui status kelayakan dan juga kategori yang diluluskan. Anda juga boleh mmula mendaftar akaun baharu MySTR 2026 dan kemaskini data yang terbaru untuk memudahkan urusan penyaluran nanti.
Bagaimanakah MySTR login 2026? Sila teruskan bacaan artikel ini untuk ketahui cara-cara melakukannya.
BACA JUGA: BILA MASUK MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Anda boleh menyemak dahulu kelayakan yang disenaraikan berikut untuk ketahui kategori kelayakan anda:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS MYSTR LOGIN 2026
Kemudian, anda boleh membuat semakan status kelayakan dengan menuruti panduan yang disediakan berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN MYSTR LOGIN 2026
Akaun MySTR yang baru mestilah didaftar oleh semua penerima bantuan dan dikemaskini info peribadi yang terkini dengan merujuk panduan berikut:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Secara rasminya penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 bagi Fasa 1 adalah pada 20 Januari 2026 iaitu Selasa.
Penerima digalakkan untuk menyemak status masing-masing dan memastikan akaun bank yang didaftarkan adalah aktif dan boleh digunakan. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima STR 2026 mengikut kategori yang ditetapkan:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.