MYSTR LOGIN : SEMAKAN FASA 2 2025
Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif Bantuan Rahmah yang diwujudkan sebelum ini.
Konsep bantuan ini juga bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan, terutamanya golongan yang mempunyai pendapatan rendah (B40) dan juga yang daripada sederhana rendah (M40). Hal ini adalah supaya dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang ditanggung masing-masing.
Bagaimanakah mySTR login? Boleh ikuti pembacaan di bawah bagi ketahui info serta maklumat dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025
SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini, anda haruslah mengambil tahu mengenai kelayakan yang telah disenaraikan untuk bantuan ini. Antara syarat kelayakannya adalah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BAYARAN STR 2025
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR BAYARAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH BANTUAN DISALURKAN
Terkini, bagi tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 telah diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia bermula pada 24 Mac 2025. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami telah kemaskini apabila dihebahkan.
SEMAKAN STATUS MYSTR LOGIN
Pemohon boleh membuat semakan status STR 2025 menerusi online dengan merujuk langkah-langkah seperti berikut:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna. Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].
Nurulsaysya321
Anak perempuan
Berumur 10