MYSARA 2025 SEMAKAN STATUS : CEK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN (RM100 & RM50)
Kerajaan telah menamakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih sebagai SARA atau Sumbangan Asas Rahmah.
Pelaksanaan program bantuan ini telah dibaik pulih pada tahun 2025 bagi mencapai keperluan pembelian barangan asas melalui program MyKasih.
Bagaimanakah MySARA 2025 semakan status? Sila ikuti maklumat serta info yang disediakan dibawah untuk lebih lanjut.
BACA JUGA: LOGIN STR
SEMAKAN KELAYAKAN MYSARA 2025
Kriteria kelayakan yang disenaraikan dibawah sahaja yang layak menerima bantuan SARA 2025 ini:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, peningkatan jumlah sumbangan secara keseluruhan dan bulanan telah dipersetujui untuk beberapa kategori. Rajah dibawah untuk dirujuk:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN MYSARA
Pembayaran bagi bantuan SARA 2025 ada dinyatakan oleh kementerian iaitu secara bulanan dan berperingkat. Rujuk jadual dibawah untuk ketahui:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA 2025 |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN BAYARAN MYSARA 2025
Bantuan SARA 2025 ini disalurkan dengan cara seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
MYSARA 2025 SEMAKAN STATUS
Penerima boleh membuat semakan status dengan menuruti langkah-langkah yang disediakan dibawah. Terdapat dua pautan yang anda boleh semak:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA MYSARA 2025
Penerima perlu mengetahui langkah-langkah untuk membuat pembelian barangan asas di kedai-kedai runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]