MYSARA : 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM200/ RM100 /RM50 SETIAP BULAN)
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan satu bantuan yang bersasar kepada rakyat yang terkesan dengan penanggungan kos sara hidup yang makin meninggi pada masa kini.
Bantuan ini seharusnya dapat membantu rakyat yang menghadapi kesulitan dalam membeli barangan keperluan seisi keluarga secara bulanan.
Apakah MySARA? Ikuti penjelasan lanjut dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam lagi mengenai bantuan ini.
BACA JUGA: MYKASIH TERKINI 2025
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Program bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya SARA atau MySARA merupakan satu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam data eKasih. Tambahan pula, pelaksanaan program bantuan ini telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi lebih banyak keperluan barangan asas yang boleh diperoleh oleh penerima bantuan melalui program MyKasih ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA
Rakyat yang memenuhi kriteria berikut adalah layak untuk menerima manfaat daripada bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN
Mekanisme penyaluran program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI yang dimasukkan terus ke dalam MyKad (IC) penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas yang diperlukan.
Barangan keperluan asas yang boleh dibeli mestilah yang berlabel MyKasih. Contoh barangan keperluan ialah makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan yang boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad untuk membuat pembayaran.
AMAUN PENYALURAN BANTUAN MYSARA
Penyaluran bantuan ini adalah secara bulanan dengan amaun yang telah ditetapkan untuk setiap kategori.
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/ MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA 2025
Status kelayakan penerima boleh disemak secara online dengan berpandukan dua kaedah dibawah:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA MELAKUKAN PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH
Pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]