MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SARA (RM2400 & RM1200 & RM600)
Beberapa perubahan telah dilakukan untuk bantuan SARA 2026 berdasarkan respon dan pemerhatian pelancaran bantuan SARA 2025 di mana sambutan yang positif daripada golongan penerima di seluruh Malaysia.
Kini, SARA 2026 akan disalurkan kepada penerima STR 2026 yang lulus mengikut data Miskin eKasih dan Miskin Tegar bermula Januari 2026 sehingga Disember 2026 iaitu selama 12 bulan. Berbeza dengan sesi 2025, penyaluran adalah bermula pada April 2025 sehingga Disember 2025 iaitu selama 9 bulan sahaja.
Bagaimanakah MyKasih 2026? Ikuti maklumat selanjutnya di bawah.
BACA JUGA: DAFTAR BINGKAS SELANGOR
SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2026
Status kelayakan penerima bantuan MyKasih 2026 boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dengan melayari salah satu daripada dua portal rasmi berikut yang disertakan dengan panduan dibawah:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Penerima Sumbangan Asas Rahmah 2026 akan menerima bantuan selama setahun seperti berikut mengikut kategori yang diluluskan:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
SENARAI BARANG MYKASIH 2026
Umum sudah maklum bahawa bantuan ini adalah untuk melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad. Barangan tersebut adalah terhad kepada jenis barangan dan jenama yang diluluskan. Rujuk panduan berikut untuk ketahui:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Penulisan dalam artikel ini adalah sebagai rujukan serta untuk memudahkan jangkauan pembaca bagi mencari maklumat mengenai bantuan kerajaan yang terkini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]