MYKASIH 2025 RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

MYKASIH 2025 RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Pelaksanaan bantuan ini telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.

Penerima akan menerima SARA RM100 sebulan menerusi MyKad bermula Januari 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri. Pembelian boleh dibuat di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. Mulai April pula, bantuan ini akan ditambah kepada RM200 sebulan bagi penerima yang layak.

Bagaimanakah MyKasih 2025 RM100? Ikuti penjelasan lanjut dibawah untuk ketahui info-info terkini dan maklumat mengenai bantuan ini.

BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Beberapa syarat dikenakan untuk penerima bantuan SARA 2025 ini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada penerima secara bulanan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025 RM100

Pengagihan bantuan SARA bagi tahun 2025 ini adalah secara ansuran dan berperingkat seperti jadual dibawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

KAEDAH PENGKREDITAN MYKASIH

Sumbangan ini akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 RM100

Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian menerusi dua pautan rasmi seperti di bawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH

Sila rujuk panduan dibawah untuk penggunaan bantuan dalam MyKad di kedai-kedai runcit yang berdaftar dengan MyKasih:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment