MYKASIH 2025 DALAM IC : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 / RM100 / RM50)

MYKASIH 2025 DALAM IC : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 / RM100 / RM50)

Pembelian barangan MyKasih telah diperluas sehingga lebih 1,200 buah kedai yang berdaftar berbanding tahun lepas yang hanya 700 buah kedai.

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu mengenai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2025 ini bagi mengelakkan kesulitan berlaku sewaktu pembayaran.

Bagaimanakah MyKasih 2025 dalam IC? Ikuti info berikutnya dibawah mengenai program bantuan kerajaan ini.

BACA JUGA: MYSARA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Kriteria dibawah adalah untuk penerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH PENYALURAN MYKASIH 2025

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah atau bantuan SARA ini adalah secara TANPA TUNAI yang dimasukkan kedalam MyKad (IC) penerima.

Mekanisme ini dilakukan bagi memudahkan penerima untuk membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya atau kedai runcit yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 DALAM IC

Penyaluran bantuan ke dalam IC penerima adalah berdasarkan kelayakan kategori masing-masing yang boleh disemak dalam rajah dibawah:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH 2025

Penerima boleh merujuk dua panduan yang disediakan dibawah untuk membuat semakan status penerima:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA MEMBUAT PEMBELIAN MYKASIH 2025 DALAM IC DI PASARAYA

Pembelian di pasaraya atau kedai runcit yang berdaftar dengan menggunakan MyKad haruslah seperti langkah-langkah dibawah:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment