MOHON BIASISWA PENDIDIKAN MAXIS : APPLY NOW
Berita baik untuk penuntut pengajian tinggi. Pihak Maxis ingin menyumbang semula kepada masyarakat Malaysia melalui penganugerahan Biasiswa Pendidikan Maxis pada tahun 2024 ini. Melalui program ini, pelajar berpeluang untuk memohon biasiswa selain biasiswa yang sedia ada. Penerima akan menerima sokongan kewangan untuk melanjutkan pengajian tinggi, peluang menarik untuk pembangunan profesional, rangkaian dan penerokaan kerjaya.
Bagaimanakah mohon Biasiswa Pendidikan Maxis? Ikuti panduan lengkap di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN STATUS
APA ITU BIASISWA PENDIDIKAN MAXIS
Program Biasiswa Maxis menawarkan bantuan kewangan dalam yuran pengajian dan faedah lain yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup, pelbagai peluang latihan dengan Maxis dan syarikat gabungannya, pekerjaan dengan Maxis selepas tamat pengajian, dan peluang jaringan hubungan eksklusif.
Sejak diperkenalkan pada 2020, Program Biasiswa Maxis telah membiayai lebih 50 pelajar Malaysia di seluruh negara untuk meneruskan cita-cita pengajian tinggi mereka.
SYARAT MOHON BIASISWA PENDIDIKAN MAXIS
Berikut ialah syarat kelayakan untuk mohon Biasiswa Maxis:
- Sarjana Muda Tahun Pertama: Terbuka secara eksklusif kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian sarjana muda tahun pertama mereka.
- Semangat Belajar: Bersemangat untuk memajukan pengetahuan anda dalam bidang pengajian pilihan anda.
- Potensi Kepimpinan: Menunjukkan keupayaan kepimpinan dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Penglibatan Komuniti: Keinginan untuk menyumbang kepada komuniti dan membuat perubahan.
- Kemahiran Komunikasi yang Kuat: Keupayaan untuk menyampaikan idea dengan berkesan dan bekerja secara kolaboratif.
MOHON BIASISWA PENDIDIKAN MAXIS
Permohonan ini dibuat sepenuhnya dalam talian dalam portal Maxis yang telah disediakan. Ikuti langkah-langkah memohon seperti berikut:
CARA
- Layari portal https://maxine.wd3.myworkdayjobs.com/.
- Klik pada butang [Apply] di bawah Maxis Scholarship Programme.
- Kemudian, klik pada salah satu pilihan yang dipaparkan.
- Autofill with resume
- Apply manually
- Use my last application
- Seterusnya, masukkan e-mel dan kata laluan/password yang betul.
- Sekiranya pemohon tidak mempunyai e-mel dan password, boleh klik [Create Account] untuk dapatkan password.
- Tekan [Sign in] untuk masuk.
- Lengkapkan maklumat yang diminta dengan betul.
- Selesai.
Pihak Maxis akan menyemak permohonan anda dengan teliti dan hanya calon yang layak akan dihubungi.
RUJUKAN
Segala maklumat berkenaan biasiswa Maxis dirujuk daripada portal rasmi Maxis. Sekiranya ada pertanyaan berhubung program biasiswa ini, boleh terus hubungi mereka di :
- Laman web Maxis : https://maxine.wd3.myworkdayjobs.com/.