MAIDAM TERENGGANU : SEMAKAN & PERMOHONAN ZAKAT
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka permohonan bantuan zakat kepada rakyat Terengganu. Terdapat beberapa jenis bantuan zakat yang boleh dimohon iaitu zakat sosial dan ekonomi, zakat pendidikan, zakat kursus anak-anak asnaf dan zakat muallaf. Seiring dengan keputusan kemasukan ke pusat pengajian tinggi, MAIDAM menyediakan bantuan zakat pendidikan untuk pelajar yang bakal menyambung pengajian.
Bagaimanakah SEMAKAN & PERMOHONAN MAIDAM TERENGGANU? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 4)
SYARAT PERMOHONAN
MAIDAM telah meletakkan beberapa syarat umum bagi melayakkan pemohon membuat permohonan bantuan ini, iaitu:
- Pemohon merupakan asnaf Fisabililllah dan Miskin.
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Pemohon beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
- Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau swasta.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Pemohon juga perlu mengikuti beberapa syarat khusus mengikut tempat pengajian sama ada di dalam negara atau luar negara. Syarat-syaratnya ialah:
PENGAJIAN DALAM NEGARA
- Pelajar peringkat Diploma dan Ijazah bagi:
- Sinf Fisabilillah- Memperolehi Grade Point Average (GPA) 3.00 bagi keputusan semester pertama pengajian (sesi 2020/2021).
- Sinf Miskin- Tidak mengambil kira Purata Gred Nilai (PNG) atau GPA.
- Pelajar peringkat pengajian Sijil, Master dan PHD dalam negara, bantuan diberikan kepada pelajar dibawah sinf miskin sahaja yang tidak mempunyai pembiayaan dan sumber pendapatan.
PENGAJIAN LUAR NEGARA
- Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Mempunyai Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.
PERMOHONAN MAIDAM TERENGGANU
Permohonan zakat MAIDAM untuk pendidikan boleh dibuat melalui portal rasmi MAIDAM. Berikut adalah panduan mohon bantuan MAIDAM:
- Layari laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM : PERMOHONAN ZAKAT MAIDAM.
- Klik pada [Permohonan Bantuan Zakat Pengajian Tinggi].
- Pemohon boleh muat turun dan baca panduan permohonan sebelum mula memohon.
- Masukkan MyKad dan kata laluan untuk log masuk.
- Untuk pengguna baharu, daftar pengguna terlebih dahulu untuk dapatkan kata laluan.
- Klik butang [Daftar Masuk].
- Lengkapkan maklumat dengan tepat dan betul.
- Klik [Hantar Permohonan].
- Cetak borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM atau Pejabat MAIDAM Daerah bersama dokumen yang diperlukan.
- Surat tawaran belajar.
- Peringkat pengajian Diploma dan Ijazah mesti mengemukakan Surat Pengesahan tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar.
- Peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD mesti mengemukakan Surat Pengesahan Akuan daripada Hal Ehwal Pelajar yang mengesahkan tiada penajaan pinjaman atau elaun.
- Pengajian Luar Negara perlu mengemukakan Surat Pengesahan tahun semasa daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia/mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh MAIDAM tentang status terkini pengajian pembiayaan pelajar.
- Salinan keputusan peperiksaan semester 1 tahun semasa pengajian (sesi 2020/2021).
- Salinan sijil SPM/berhenti sekolah.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga serta adik-beradik bawah tanggungan.
- Salinan akaun bank pemohon yang jelas dan aktif sahaja (akaun bank tersebut hendaklah tertera nama pemilik akaun dan nombor yang jelas).
- Salinan slip gaji/akuan pendapatan/penyata pencen terkini ibu bapa/penjaga (penyata pencen/kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).
- Peringkat Master dan PhD mesti mengemukakan slip gaji/akuan pendapatan pemohon yang terkini.
- Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Terengganu yang telah bermastutin di negeri ini tidak kurang 3 tahun berturut-turut.
- Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya pemohon ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan zakat pendidikan, boleh terus berhubung dengan pihak berwajib di:
- Laman web MAIDAM : https://ypmaidam.my/.
- Talian : 09-622 3500/09-622 5600.