LOGIN STR HASIL (BANTUAN FASA 4 2025 SEMAKAN)
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan berakhir dengan fasa keempat iaitu fasa yang terakhir. Penyaluran akan dikreditkan bermula 18 Oktober 2025, Sabtu.
Penerima digalakkan untuk membuat semakan status terlebih dahulu di Portal Rasmi STR sebelum melakukan penunaian di kaunter bank atau mesin atm.
Bagaimana login STR hasil? Ikuti info terkini disediakan dalam artikel dibawah.
BACA JUGA: JUMLAH STR FASA 4
TARIKH PENYALURAN STR FASA 4
Umum sudah maklum bahawa pembayaran bantuan STR akan mula dibayar pada Sabtu, 18 Oktober 2025. Penyaluran akan dilakukan secara berperingkat kepada akaun penerima.
KADAR BAYARAN STR HASIL FASA 4
Berikut merupakan amaun yang akan diterima oleh penerima bantuan STR 2025 untuk fasa keempat ini:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | RM200 (Tiada anak) RM350 (1-2 anak) RM500 (3-4 anak) RM700 (5 anak ke atas) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 (Tiada anak) RM200 (1-2 anak) RM250 (3-4 anak) RM350 (5 anak ke atas) |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
LOGIN STR HASIL KAEDAH BAYARAN
Cara penyaluran bantuan kepada penerima adalah bergantung kepada keadaan penerima tersebut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
LOGIN SEMAKAN STATUS PENERIMA STR HASIL
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status penerima mengenai bantuan STR fasa 4 2025:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan ini https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pada halaman utama Portal, Klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Kami di sini hanya berkongsi maklumat dan info yang sahih bagi memudahkan para pengguna membacanya di sini.
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]