LOGIN BANTUAN STR HASIL (FASA 4 2024 SEMAKAN)
Penerima bantuan STR boleh mula menuntut wang untuk Fasa 3 bermula 29 Ogos 2024. Untuk Fasa 4, tarikh pengagihan dijangka pada bulan November atau Disember nanti. Namun, sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan secara rasmi dari semasa ke semasa. Sekiranya pemohon gagal menerima bantuan STR Fasa 3, anda boleh cuba untuk memohon Fasa 4 pula.
Bagaimanakah login bantuan STR Hasil? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : MAIDAM TERENGGANU : SEMAKAN & PERMOHONAN ZAKAT
LOGIN BANTUAN STR HASIL
Login ke portal rasmi semakan STR boleh dibuat sekiranya notis pemakluman tarikh bayaran bagi setiap fasa dikeluarkan secara rasmi. Berikut merupakan cara login portal STR:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Selesai.
SEMAKAN STR HASIL
Setelah berjaya login ke portal STR, pemohon boleh mula menyemak status kelulusan Fasa 4 serta bayarannya seperti di bawah:
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Semua info dirujuk oleh pautan rasmi LHDN. Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]