LHDN SEMAKAN STR 2025 (FASA 1) : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

LHDN SEMAKAN STR 2025 (FASA 1) : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Baru-baru ini pihak kementerian Malaysia telah mengumumkan tarikh rasmi untuk penyaluran bantuan STR 2025 iaitu 22 Januari 2025, Rabu. Para pemohon digalakkan untuk menyemak maklumat yang telah didaftar bagi mengelakkan proses pembayaran tergendala.

Tujuan utama bantuan ini diwujudkan adalah supaya dapat meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.

Bagaimanakah LHDN semakan STR 2025? Ikuti butiran info serta maklumat semasa yang akan dibincangkan dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN SARA 2025

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2025

Ciri-ciri kriteria yang disenaraikan dibawah merupakan syarat kelayakan untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

TARIKH DAN PROSES BAYARAN BANTUAN

Proses pembayaran bantuan STR 2025 Fasa 1 ini adalah berdasarkan cara pemohon daftarkan dan secara berperingkat. Rujuk rajah dibawah:

TARIKH BAYARAN STR FASA 1JENIS PENERIMAPROSES PEMBAYARAN
STR 2025 FASA 1
Bermula 22 Januari 2025
sehingga
28 Januari 2025
Mempunyai Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
semasa permohonan
Bermula 22 Januari 2025Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui
kaunter cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2025

Amaun bagi setiap kategori adalah berbeza seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN
STR 2025 FASA 1
JUMLAH
KESELURUHAN STR 2025
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
(B40)
Semua : RM 500Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
(M40)
RM 150 hingga RM 300
(bergantung bilangan anak)
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 150RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 150RM 600

BILANGAN PENERIMA STR 2025 FASA 1

Penerima yang bakal mendapat manfaat daripada pembayaran bantuan STR 2025 fasa 1 ini adalah seramai:

KATEGORI PENERIMABILANGAN PENERIMA
BANTUAN STR 2025 FASA 1
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
(B40)
2.8 juta
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
(M40)
1.0 juta
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
1.3 juta
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
3.2 juta

Catatan: Secara keseluruhan penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Walaubagaimanapun, jumlah penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.

LHDN SEMAKAN STATUS STR 2025

Panduan dibawah adalah untuk anda yang ingin membuat semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1:

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN LOG LHDN STR

Penerima yang terlupa atau ingin menukar kata laluan, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan No MyKad.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  6. Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
  7. Check emel dan log masuk semula MySTR.
  8. Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
  9. Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
  10. Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Untuk penjelasan yang lebih jelas, anda juga disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Leave a Comment