KEMASKINI STR 2026 : CARA UPDATE PERMOHONAN
Memandangkan Belanjawan 2026 telah dibentangkan baru-baru ini, umum sudah maklum bahawa penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah akan diteruskan juga pada tahun hadapan.
Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk membuat pendaftaran dan permohonan bantuan bagi mengemaskini data peribadi yang terdahulu. Beberapa panduan ada disertakan dibawah.
Bagaimanakah kemaskini STR 2026? Teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk ketahui maklumat dan info terkini mengenai bantuan.
BACA JUGA: CHECK STATUS STR (FASA 4)
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR
Pemohon baru dan penerima STR 2025 perlu mendaftar ke akaun baharu mySTR ini yang berwajah baru. Panduan ada disediakan untuk anda seperti berikut:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Nitifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
BAGAIMANA LOGIN AKAUN STR 2026
Apabila anda selesai mendaftar akaun mySTR, anda boleh mencuba untuk login akaun tersebut bagi memastikan pendaftaran berjaya dilakukan. Rujuk panduan dibawah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
PANDUAN KEMASKINI STR 2026
Penerima sedia ada dan pemohon yang baru boleh merujuk panduan yang disediakan dibawah untuk membuat kemaskini maklumat peribadi secara dalam talian di akaun STR masing-masing:
- Paparan fungsi akaun STR adalah seperti :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemaskini, anda boleh tekan (Kemas Kini Maklumat Asas).
- Maklumat permohonan anda akan dipaparkan.
- Pilih bahagian maklumat yang anda ingin tukar.
- Setiap pertukaran maklumat, sila tekan [Teruskan].
- Kemudian, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Selesai.
RUJUKAN
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai Panduan Permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.