DAFTAR ONLINE TABIKA KEMAS (REGISTRATION SESI 2025)

DAFTAR ONLINE TABIKA KEMAS (REGISTRATION SESI 2025)

Ibu bapa yang ingin mendaftar anak ke Tabika KEMAS boleh mula memohon sekarang. Pengambilan baharu bagi sesi 2025 telah dibuka dan pendaftaran perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga. Status permohonan atau pendaftaran akan disemak dan keputusan Terima/Tolak akan diberitahu dalam jangkaan minggu keempat bulan November 2024.

Bagaimanakah pendaftaran online Tabika Kemas? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKID ONLINE LOGIN : CHECK DI SINI

PENGENALAN KEMAS

KEMAS adalah prasekolah awam pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, di bawah seliaan Kementerian Luar Bandar Malaysia (sebelum ini).

KEMAS melalui Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengurus dan menyelaraskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak sejajar Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tertakluk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Program pendidikan KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Kanak-kanak 2 – 4 Tahun: Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
  • Kanak-kanak 4 – 6 Tahun: Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)

TARIKH PENDAFTARAN

Ibu bapa boleh mula mendaftar anak-anak ke Tabika KEMAS bermula pada 1 Ogos 2024 hingga 31 Oktober 2024.

SYARAT DAFTAR TABIKA KEMAS

Ibu bapa perlu mengikut syarat-syarat daftar Tabika KEMAS seperti berikut:

  • Permohonan boleh dibuat oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
  • Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus warganegara Malaysia.
  • Permohonan perlu dicetak dan dihantar ke Tabika Kemas pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan.
  • Borang permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar.
  • Kanak-kanak haruslah berstatus warganegara Malaysia serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.

DAFTAR ONLINE TABIKA KEMAS

Berikut merupakan cara daftar online Tabika KEMAS:

  1. Layari pautan Tabika KEMAS di https://www.kemas.gov.my/tabika/.
  2. Ibu bapa perlu membaca maklumat yang tertera terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  3. Tekan pada [BORANG PERMOHONAN TABIKA] dan muat turun borang permohonan tersebut.
  4. Cetak borang permohonan untuk tujuan pengisian maklumat.
  5. Kemudian, sertakan borang permohonan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti:
    • Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
    • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
    • Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
    • Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
    • Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) serta rekod imunisasi.
  6. Borang pendaftaran berserta dokumen perlu dihantar ke Tabika Kemas pilihan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Ibu bapa yang mengalami sebarang masalah tentang pendaftaran Tabika KEMAS, boleh terus rujuk pihak berwajib di:

  • No. Telefon : 03-8891 2682
  • No. Faks : 03-8888 2312
  • E-mel Rasmi KEMAS : info[@]kemas.gov.my

Leave a Comment