CHECK STR FASA 4 (SEMAKAN BANTUAN 2024)
Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan belanjawan dalam bentuk tunai yang diberikan kepada penerima yang layak memohon berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bantuan tersebut dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup kepada penerima yang terpilih di mana saban hari kos semakin meningkat.
Sumbangan Tunai Rahmah ini diagihkan dengan bayaran tertentu secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 telah pun selesai di agihkan kepada semua penerima. Manakala Fasa 3 dan Fasa 4 akan menyusul tidak lama lagi.
Bagaimanakah check STR Fasa 4? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Bayaran bagi STR Fasa 4 dijangka akan diagihkan pada bulan November 2024.
KAEDAH BAYARAN
Berikut merupakan dua (2) kaedah bayaran bantuan STR Fasa 4 2024:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status pengkreditan mereka tidak aktif.
CHECK STR FASA 4
Cara-cara untuk semakan bantuan STR Fasa 4 2024 adalah seperti berikut:
- Sila tekan pautan rasmi untuk check status STR Fasa 4 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Pemohon perlu Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh hubungi pihak bertanggungjawab di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]