CHECK STR ( FASA 4 SEMAKAN 2024)

CHECK STR ( FASA 4 SEMAKAN 2024)

Terkini! Pengagihan untuk Fasa 3 telah bermula 29 Ogos 2024 lalu. Untuk Fasa 4, tarikh pengagihan akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan secara rasmi dalam masa yang terdekat. Bayaran Fasa 4 merupakan fasa terakhir dan baki daripada wang keseluruhan bantuan. Pemohon yang tidak lulus layak, permohonan rayuan akan dibuka.

Bagaimanakah check STR? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : REGISTER BANTUAN KANAK-KANAK JKM (PERMOHONAN / DAFTAR BKK)

TARIKH STR FASA 4

Tarikh rasmi semakan / bayaran bantuan tunai STR Fasa 4 2024 boleh disemak selepas notis pemakluman tarikh agihan dikeluarkan. Anggaran pengagihan adalah bulan November atau Disember akan datang.

CHECK STR

Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi yang telah disediakan seperti di bawah. Pemohon dinasihatkan agar menggunakan portal yang sahih supaya data peribadi tidak disebarkan sewenangnya.

  1. Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Utama Rasmi akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan].
  10. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat pembayaran.
  11. Selesai.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat selepas keputusan Fasa 4 diumumkan.

LUPA KATA LALUAN

Bagi pengguna STR yang lupa kata laluan, anda boleh mendapatkan kata laluan baharu dengan mengikut cara berikut:

  1. Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan No. MyKad seperti biasa.
  3. Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
  4. Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak].
  5. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  6. Klik butang [Seterusnya].
  7. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  8. Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya].
  9. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  10. Klik butang [Seterusnya].
  11. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
  12. Klik butang [Tukar Kata Laluan].
  13. Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Untuk makluman atau panduan lanjut berkenaan STR, boleh rujuk pihak berkuasa di:

Leave a Comment