CHECK PLKN 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Program Latihan Khidmat Negara atau singkatannya PLKN adalah program yang memupuk jati diri dan semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia terutama dalam golongan belia.ahu
Bagaimanakah check PLKN? Ikuti penulisan ini bagi ketahui info berikutnya.
BACA JUGA: LOG MASUK SYUKUR SABAH
PELAKSANAAN PLKN 3.0
Bagi melancarkan program ini, modul latihan secara berfasa telah pun siap dirangka oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri bagi menjayakan lagi program latihan ini. Modul latihan berfasa yang disediakan ialah:
- Fasa Pra PLKN
- Fasa Latihan Asas
- Projek Rintis
- Fasa Latihan Asas di IPTA
Konsep dan format baru bagi PLKN 3.0 telah dipersetujui oleh kerajaan. Selain itu, program latihan ini juga akan dibuat di kem tentera dan ia tidak mengambil masa yang lama seperti program sebelum ini.
Bagi menjayakan program ini juga, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegaraan (70%).
CHECK SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025
Kelayakan bagi menyertai Program Latihat Khidmat Negara ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
LOKASI DAN TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM
Seperti yang diuar-uarkan, pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah:
SIRI PELAKSANAAN | TARIKH | LOKASI PROGRAM |
---|---|---|
Pertama (1) | 12 Januari 2025 sehingga 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
Kedua (2) | 11 Mei 2025 sehingga 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang |
Ketiga (3) | 7 September 2025 sehingga 21 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang |
CHECK STATUS PLKN 2025 ONLINE
Individu atau peserta boleh membuat semakan secara dalam talian untuk mengetahui status kelayakan. Selain itu, individu yang berkelayakan juga akan dihubungi dengan dua kaedah seperti berikut:
- Anda boleh semak status kelayakan di pautan rasmi Portal JLKN : https://jlkn.mod.gov.my/.
- Melalui e-Mel :
- Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Melalui Surat Panggilan Rasmi :
- Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Catatan: Sekiranya anda tidak dipanggil, ini bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Namun, anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian : +603-4019 9999
- e-Mel : [email protected]