CHECK MQA IPTA : SEMAK STATUS KELULUSAN

CHECK MQA IPTA : SEMAK STATUS KELULUSAN

Setiap pelajar yang bakal dan telah memasuki IPT, anda boleh menyemak kelayakan program atau bidang yang dipilih di Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semakan ini boleh dibuat untuk IPTA dan IPTS serta yang setara dengannya. Hal ini dapat membantu para siswa untuk mengetahui bahawa bidang pengajian yang dipilih diiktiraf atau tidak untuk kegunaan semasa dan selepas tamat pengajian.

Bagaimanakah CHECK MQA IPTA? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : MYBRAIN 2.0 APPLICATION 2024 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN

PENGENALAN MQA

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.

CHECK STATUS MQA IPTA

Semakan status pengiktirafan program di IPTA boleh dibuat di Portal Rasmi MQA seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MQA di https://www2.mqa.gov.my/mqr/CAkreditasi.cfm.
  2. Sila lihat di bahagian kiri paparan. Klik pada [Carian Kata Kunci].
  3. Masukkan kata kunci yang bersesuaian seperti ‘Nama Kelayakan’, ‘Nama IPT’ dan ‘Peringkat Kelayakan’ (sebahagian atau nama penuh).
  4. Kemudian, klik pada [Mula Carian].
  5. Tekan [Papar] untuk program yang dikehendaki.
  6. Paparan program akan keluar pada skrin.
  7. Cetak maklumat paparan tersebut bagi mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA untuk permohonan UPU termasuk aplikasi online.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi MQA. Sebarang masalah atau maklumat lanjut, boleh rujuk di sini:

Leave a Comment