CARA SEMAKAN PLKN ONLINE : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PESERTA TERPILIH SESI 3.0 2025

CARA SEMAKAN PLKN ONLINE : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PESERTA TERPILIH SESI 3.0 2025

Kenyataan rasmi daripada JLKN menyatakan peserta boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka akan terlibat untuk menyertai latihan kebangsaan yang akan diadakan selama 45 hari iaitu bermula 11 Mei sehingga 24 Jun 2025.

Bagaimanakah cara semakan PLKN? Ikuti info lanjut dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN TERKINI

KONSEP PENTING PLKN KEPADA PESERTA

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mendapata persetujuan untuk diteruskan semula bagi memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Selain itu, ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.

Antara manfaat untuk penyertaan program PLKN yang akan diterima oleh peserta adalah:

  • Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
  • Meningkatkan Semangat Patriotisme.
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah.
  • Peluang Peningkatan Kerjaya.
  • Jaringan Sosial dan Persahabatan.
  • Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
  • Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
  • Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
  • Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
  • Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN SESI 3.0

Syarat yang berikut adalah kelayakan untuk peserta PLKN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Lepasan SPM;
  • Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

SEMAKAN LOKASI DAN TARIKH PLKN DILAKSANAKAN

Berikut merupakan tarikh serta lokasi program latihan ini diadakan:

  • Siri Pertama (1)
    • Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
    • Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
  • Siri Kedua (2)
    • Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
    • Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
  • Siri Ketiga (3)
    • Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
    • Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang

CARA SEMAKAN STATUS PESERTA PLKN ONLINE

Sekiranya peserta ingin membuat semakan secara online boleh menyemak di pautan rasmi ini https://jlkn.mod.gov.my/

Peserta yang layak menyertai akan dihubungi melalui dua kaedah berikut:

  • Melalui e-Mel :
    • Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Melalui Surat Panggilan Rasmi :
    • Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Sekiranya anda tidak dipanggil, bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.

RUJUKAN

Kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment