CARA GUNA MYKASIH UNTUK BELI BARANG DENGAN IC
Penggunaan bantuan SARA MyKasih ini seharusnya sudah diketahui oleh umum kerana kebanyakan rakyat Malaysia adalah layak menjadi penerima bantuan ini.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih keliru mengenai kaedah penggunaan yang betul mengenai bantuan boleh merujuk dalam artikel ini.
Bagaimanakah cara guna MyKasih? Info serta maklumat selanjutnya ada disediakan di bawah.
BACA JUGA: PADANS SABAH
CARA GUNA MYKASIH UNTUK BELI BARANG MENGGUNAKAN IC
Panduan penggunaan bantuan SARA yang betul adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Imbas kod barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad
- Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian
- Simpan resit untuk semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
INFO:
- Duit daripada bantuan SARA ini tidak boleh dikeluarkan secara tunai, hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas yang disenaraikan sahaja.
- Baki bantuan yang masih ada pada satu bulan itu akan dibawa ke bulan yang seterusnya.
- Hanya barangan yang diluluskan (kategori asas) sahaja boleh dibeli. Jika anda membeli benda tidak tergolong (contoh barang elektrik, jajan, rokok), transaksi akan ditolak.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima bantuan boleh menyemak baki yang ada dalam kad pengenalan dengan merujuk tiga kaedah berikut:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN BOLEH BELI GUNA MYKASIH
Jenis dan jenama barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA MyKasih adalah seperti berikut:
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]