CARA CHECK STATUS STR (FASA 4 2024)
Seperti yang sedia maklum, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan dalam bentuk tunai yang diberikan kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Bantuan tersebut dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup kepada penerima yang terpilih di mana saban hari kos semakin meningkat.
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah ini diberi secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Bagi pembayaran Fasa 1, 2 dan 3 telah pun selesai di agihkan kepada semua penerima.
Bagaimanakah cara check status str? Bilakah tarikh bayaran fasa 4 2024? Sila rujuk di sini.
Baca juga : STR BUJANG SEMAKAN dan SEMAKAN STR FASA
CARA CHECK STATUS STR
PANDUAN LENGKAP CARA CHECK STATUS STR SECARA ONLINE. SEMAKAN TARIKH BAYARAN FASA 4 2024.
- Sila tekan Pautan Rasmi Check Status STR 2024 Online di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pengguna akan dipaparkan Laman Utama Rasmi MySTR.
- Lihat ke bahagian kiri di bahagian Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di bahagian [No MyKad].
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Anda akan di bawa ke paparan SEMAK STATUS.
- Skrin anda akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] sekiranya Kata Kunci Keselamatan di skrin adalah kepunyaan anda.
- Seterusnya, sila isi Kata Laluan/Password.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kini, anda telah berjaya Login ke Portal Semakan Online.
- Anda sekarang sudah boleh check status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, perhatikan bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Skrin anda akan memaparkan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
i. Tarikh Kredit.
ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit.
iii. Nama Penerima.
iv. Fasa Pembayaran.
v. Jumlah Dikredit.
vi. Status Kredit.
vii. Nama Bank dan No akaun. - Untuk makluman anda, bayaran akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan kediaman.
- Selesai.
CARA DAPATKAN BALIK KATA LALUAN STR JIKA LUPA ATAU HILANG
Kepada anda yang mempunyai masalah lupa password atau hilang boleh ikuti panduan yang disediakan di bawah ini :
PERKARA | LINK |
Reset Password / Kata Laluan Login MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx? |
- Sila tekan link yang disediakan iaitu Reset Password MySTR di atas.
- Anda akan dibawa ke Bahagian Soalan Keselamatan.
- Isi No MyKad.
- Tekan butang [Semak].
- Isi Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan tekan butang [Seterusnya].
- Password sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Semak emel dan login semula MySTR.
- Masukkan No. MyKad (12 Digit) dan buat pengesahan kata kunci keselamatan.
- Isi Password Sementara yang telah diemelkan dan set balik semula Password Baru.
- Jika berjaya set semula Kata Laluan, anda boleh login MySTR seperti biasa.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Soalan dan pertanyaan boleh terus rujuk kepada pihak di bawah. Informasi yang dikongsikan ini bertujuan memudahkan pencarian dari pengguna.
No Tel Hotline STR : 1-800-88-2747.