BTR HASIL GOV MY SEMAKAN (FASA 4 2024)
Pengagihan STR Fasa 3 telah bermula 29 Ogos 2024 lalu untuk penerima sedia ada manakala mulai 18 September 2024 adalah untuk penerima baharu atau rayuan. Kemudian, agihan Fasa 4 akan menyusul untuk fasa terakhir STR sesi tahun ini. Segala makluman baharu akan dihebahkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib di portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sebarang makluman atau perkongsian maklumat peribadi daripada portal selain LHDN hendaklah diabaikan. Ini bagi menjaga maklumat peribadi anda daripada tersebar kepada individu tidak bertanggungjawab.
Bagaimanakah btr hasil gov my semakan? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : MAIDAM TERENGGANU : SEMAKAN & PERMOHONAN ZAKAT
TARIKH PENTING BTR HASIL
Bayaran BTR Hasil untuk Fasa 4 belum diketahui tarikh tetap. Jangkaan bayaran adalah pada bulan November atau Disember akan datang. Pihak kerajaan akan memaklumkan tarikh tetap secara rasmi dan sebarang pindaan juga akan dihebahkan dari masa ke masa.
Bagi pemohon yang baru ingin memohon STR, anda boleh memohon untuk Fasa 4 ini. Tarikh hantar borang masih dibuka sehingga 30 September 2024 ini.
BTR HASIL GOV MY SEMAKAN
Semakan bantuan untuk Fasa 4 boleh dibuat sekiranya tarikh tetap pengagihan diumumkan. Berikut merupakan cara semakannya:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Setelah membuat semakan dan lulus untuk bayaran Fasa 4, penerima akan menerima wang bantuan melalui dua (2) kaedah iaitu:
- Wang diagihkan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status pengkreditan mereka tidak aktif.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas telah dirujuk daripada portal yang sahih. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan palsu bagi mengelakkan perkongsian data peribadi kepada scammer.
Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan BTR, boleh rujuk di:
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
Bila sumbangan Tunai Rahmah tu masuk fasa 3,4 sye cuma dpt fasa 1,2 , ckp bantuan yang bujang rm 350 penipu sgt