BAYARAN STR FASA 2 (SEMAKAN 2025 ONLINE)
Semua penerima bantuan STR ini sama ada penerima sedia ada atau penerima baharu akan menerima bayaran untuk fasa 2 ini melalui pengkreditan ke akaun bank masing-masing atau disalurkan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) di cawangan berdekatan.
Penyaluran akan diadakan secara berperingkat dan jumlah bayaran yang disalurkan adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bilakah bayaran STR fasa 2? Ikuti penjelasan dibawah untuk ketahui info terkini dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: PADANS SABAH 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Rakyat yang mempunyai kelayakan dibawah adalah layak untuk menerima bantuan ini:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Kelayakan kategori penerima adalah yang menentukan jumlah sumbangan yang akan disalurkan. Rujuk rajah dibawah untuk lebih jelas.
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Kerajaan telah pun memaklumkan bahawa penyaluran akan bermula seperti berikut:
KAEDAH PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Kredit dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 2
Penerima boleh membuat semakan secara dalam talian sahaja dengan menuruti panduan yang disediakan dibawah:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]