BAYARAN SARA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA DUIT BANTUAN MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah yang terakhir untuk tahun 2025 adalah pada Disember ini. Penerima dikehendaki menggunakan semua bantuan yang disalurkan sebelum 31 Disember 2025.
Penerima yang ingin membuat semakan status sama ada mereka masih layak atau tidak untuk menikmati manfaat bantu ini boleh rujuk panduan yang disediakan dalam artikel ini.
Bilakah bayaran SARA Disember 2025? Ikuti maklumat semasa yang ada di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA DISEMBER 2025
Portal rasmi MyKasih dan STR boleh digunakan untuk membuat semakan ini seperti yang disenaraikan berikut:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA DISEMBER 2025
Bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah mengikut kategori masing-masing. Rujuk maklumat dibawah untuk ketahui:
- Kategori Isi Rumah (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM2,100, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM1,650, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM150 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Bujang (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan RM600 sepanjang tahun, dengan bayaran RM50 sebulan dari Januari hingga Disember.
- Kategori Isi Rumah (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM900, dibayar RM100 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM450, dibayar RM50 sebulan dari April hingga Disember.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan SARA telah mula disalurkan bermula 1 April 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi penerima STR sahaja manakala untuk penerima eKasih telah bermula sejak Januari 2025.
Duit bantuan MyKasih / SARA akan dimasukkan pada setiap bulan bermula pada 1 haribulan menerusi MyKad penerima yang layak di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
RUJUKAN
Semua maklumat dan info di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi SARA dan diulaskan di sini bagi memudahkan capaian pengguna. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]