BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 (SEMAKAN / BAYARAN)
Pada sesi 2026 ini, bantuan STR untuk kategori bujang tidak akan disalurkan bantuan secara tunai ke dalam akaun bank milik penerima. Malah, ianya digantikan dengan bantuan SARA yang mana bantuan akan disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima untuk melakukan pembelian barangan keperluan bulanan.
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian dan boleh juga rujuk panduan yang disediakan dalan artikel ini.
Bagaimanakah bantuan Tunai Rahmah fasa 1 2026? Ikuti penulisan artikel ini dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Bantuan STR untuk fasa pertama bagi tahun ini bakal disalurkan tidak lama lagi. Oleh itu, semua digalakkan untuk membuat semakan terkini status anda untuk ketahui sama ada masih layak atau tidak. Rujuk panduan dibawah untuk melakukannya:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN MYSTR 2026 BAHARU
Sudahkah anda membuka akaun MySTR yang baru? Jika belum, anda boleh merujuk panduan dibawah untuk melakukannya:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
LOG MASUK MYSTR 2026
Berikut merupakan panduan untuk log masuk akaun MySTR 2026 setelah selesai mendaftar:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan bahawasanya penyaluran bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk sesi 2026 bagi fasa yang pertama adalah 20 Januari 2026 iaitu pada hari Selasa.
Penerimaan bantuan adalah secara tunai yang akan disalurkan ke akaun bank penerima masing-masing. Sekiranya penerima yang berkelayakan tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Penyaluran bantuan STR untuk sesi 2026 adalah mengikut jumlah bagi setiap kategori seperti yang ditetapkan dibawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.