BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pembentangan Belanjawan 2025 pada tahun ini menunjukkan betapa komitednya kerajaan dalam membantu rakyat yang tengah menghadapi kegawatan ekonomi.
Hal ini kerana, kerajaan bakal memperuntukkan RM13 bilion berbanding RM10 billion (tahun 2024) untuk program STR 2025 kali ini.

Bagaimanakah bantuan STR fasa 3? Ikuti maklumat seterusnya dibawah.

BACA JUGA: SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

Bantuan ini mempunyai beberapa syarat untuk penerima mendapat manfaat daripadanya iaitu:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 3 2025

Status penerima sama ‘Lulus’ atau ‘Tidak Layak’ boleh disemak dengan cara berikut:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR FASA 3

Penyaluran bantuan ini adalah mengikut kaedah berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 3
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment