BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM250 & RM400 & RM800)
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai program bantuan telah diwujudkan dalam menangani kos sara hidup yang kian melonjak kini. Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini memaklumkan bahawa Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah tidak lama lagi.
Rakyat Sarawak yang memegang kad pengenalan “K” adalah layak untuk mengemukakan permohonan SKAS 2025 secara atas talian mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2025.
Apakah bantuan SKAS Sarawak 2025? Sila ikuti penjelasan dibawah bagi mengetahui info-info penting serta maklumat berkaitan bantuan dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: PORTAL RASMI STR
APA ITU SKAS SARAWAK 2025?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak atau singkatannya adalah SKAS merupakan inisiatif kerajaan negeri Sarawak dalam membantu meringankan beban rakyat, khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Bantuan ini akan disalurkan melalui baucar digital menggunakan aplikasi S PAY GLOBAL, yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diperlukan.
Sasaran bagi bantuan ini adalah melalui tiga kategori penerima, iaitu isi rumah, individu bujang, dan warga emas yang memenuhi syarat kriteria tertentu.
SYARAT KELAYAKAN SKAS 2025
Pemohon yang memenuhi kriteria seperti berikut adalah layak untuk memohon:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
JUMLAH SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025
Kadar bantuan yang bakal disalurkan adalah berdasarkan kategori penerima yang diluluskan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM5,000 dan ke bawah | RM800 |
Individu Bujang | RM2,500 dan ke bawah | RM250 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM5,00 dan ke bawah | RM400 |
TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK 2025
Jadual pembayaran bantuan SKAS 2025 telah ditetapkan seperti berikut :
- Tarikh mula pembayaran : 18 Februari 2025, Selasa
- Kaedah bayaran : Baucar digital dikreditkan terus ke dalam akaun S PAY GLOBAL penerima.
Penerima amat digalakkan untuk memastikan akaun S PAY GLOBAL adalah aktif dan maklumat peribadi telah dikemas kini untuk menerima bayaran tanpa sebarang masalah.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Berikut merupakan panduan untuk menyemak status kelayakan penerima:
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak :
- https://sarawak.gov.my.
- Klik pada pautan “Semak Kelayakan SKAS”.
- Log Masuk Menggunakan Sarawak ID :
- Masukkan Sarawak ID dan kata laluan anda.Jika belum mendaftar, anda boleh mendaftar terlebih dahulu di laman yang sama.
- Masukkan Maklumat Peribadi :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk menyemak status kelayakan.
- Paparan Status :
- Jika layak, maklumat bayaran akan dipaparkan berserta tarikh pembayaran.
- Jika tidak layak, anda akan diberikan panduan tentang langkah seterusnya.
PENGAKTIFAN AKAUN S PAY GLOBAL
Bagi yang belum mempunyai akaun S Pay Global, berikut merupakan cara untuk mendaftar dan pengaktifan:
- Muat Turun Aplikasi : Muat turun aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Daftar Akaun : Buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan termasuk nombor telefon dan kad pengenalan.
- Pengesahan Akaun : Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
- Kemas Kini Maklumat : Pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
PERMOHONAN ATAU RAYUAN SKAS 2025
Sekiranya anda tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan SKAS tetapi memenuhi kriteria kelayakan, permohonan rayuan boleh dibuat seperti berikut:
- Tempoh Permohonan Rayuan : 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025
- Kaedah Permohonan : Secara dalam talian melalui portal https://sarawak.gov.my.
- Keputusan Rayuan : Akan diumumkan pada 1 Jun 2025
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:
- Laman Rujukan Lanjut: https://sarawak.gov.my/.
- Pusat Talian Khidmat: 082-441957
- Emel: [email protected].
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].