BANTUAN SABAH SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA (RM300 SEBULAN)

BANTUAN SABAH SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA (RM300 SEBULAN)

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan penyelarasan dilakukan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat.

Sasaran program ini pada peringkat awal adalah untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Harapan daripada bantuan ini adalah supaya dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan yang disasarkan, khususnya semasa musim perayaan utama.

Bagaimanakah bantuan Sabah semakan status? Sila ikuti penjelasan dibawah bagi mendapatkan info-info serta maklumat penting mengenai bantuan ini.

BACA JUGA: SEMAKAN SARA EKASIH

PENGENALAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Kerajaan Negeri Sabah membawa harapan yang tinggi dalam menjayakan program ini iaitu supaya dapat membantu sebilangan golongan miskin dan miskin tegar dan memberikan sedikit keselesaan kepada penerima terutamanya semasa musim perayaan utama.

Selain itu, program bantuan ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan dalam memastikan pembangunan ekonomi serta kebajikan rakyat di Sabah lebih terpelihara, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.

Bagi mengelakkan ada keciciran dalam mendapat bantuan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melakukan gerakan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar dalam memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.

Program SYUKUR ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat dan juga merupakan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH

Rakyat negeri Sabah yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

JUMLAH BANTUAN SABAH

Bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Sabah yang berkelayakan adalah RM300 sebulan selama setahun yang membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Bantuan Sabah ini akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej kepada penerima yang mana akan bermula pada Februari 2025. Tarikh rasmi pula akan diumumkan dari semasa ke semasa dan akan kami kemaskini sejurus dihebahkan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH

Setakat ini, pihak Kerajaan Negeri Sabah belum lagi membuka sebarang portal rasmi untuk semakan status atau status penerima yang layak. Hal ini akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment