BANTUAN SABAH RM300 SEMAKAN : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kadar jurang kemiskinan tegar amat ketara di Sabah jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Hal ini menunjukkan kemiskinan tegar dengan konsentrasi yang tinggi di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Oleh demikian, pelbagai inisiatif serta bantuan telah diwujudkan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya sewaktu sambutan perayaan utama di negeri ini.
Bagaimanakah bantuan Sabah RM300 semakan? Ikuti penjelasan lanjut dibawah bagi mengetahui segala info serta maklumat terkini.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Program ini merupakan program bantuan khas untuk rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya di kawasan pedalaman.
Bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meluaskan carian di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan golongan yang mempunyai kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.
Program ini melibatkan penerima yang terdiri daripada ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah untuk menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat setiap suku tahun.
Inisiatif Kerajaan Negeri Sabah ini adalah untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan merupakan tambahan kepada program bantuan tunai yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Penerima yang layak menerima bantuan ini adalah:
- Ketua isi rumah miskin tegar dan miskin, termasuk ahli keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
JUMLAH BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Penerima yang diluluskan kelayakannya akan mendapat sejumlah wang bantuan sebanyak RM300 sebulan untuk setahun. Peruntukan ini dianggarkan berjumlah sebanyak RM358.5 juta
TARIKH SALURAN BANTUAN RM300 SABAH
Kementerian mengumumkan bahawa bantuan akan dilaksanakan secara berfasa serta berbentuk pakej yang akan bermula pada bulan Februari 2025. Tarikh rasmi pemberian bantuan akan diumumkan kelak dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/