BANTUAN SABAH 2025 RM900 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 2

BANTUAN SABAH 2025 RM900 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 2

Kementerian Negeri Sabah melaporkan dijangka seramai 100,000 orang penduduk Sabah yang terdiri daripada golongan miskin akan menerima bantuan bagi fasa dua pada tahun ini.

Bantuan yang disalurkan adalah secara berperingkat melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang diadakan khas untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Apakah bantuan Sabah 2025 RM900? Sila ikuti penjelasan berikut dibawah.

BACA JUGA: LESEN PERCUMA 2025

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Program ini merupakan suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Hal ini akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM900 kepada 100,000 orang penerima terlebih dahulu secara berfasa. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.

OBJEKTIF UTAMA BANTUAN SABAH 2025

Berikut adalah antara objektif yang disasarkan untuk program ini:

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

Rakyat Sabah yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk mendapat manfaat daripada bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH 2025 RM900

Warga Sabah boleh membuat semakan secara dalam talian dengan berpandukan langkah-langkah dibawah ini:

  1. Layari Portal Rasmi Online https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR
  5. Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  6. Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.

RUJUKAN

Maklumat serta info lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini, anda boleh merujuk serta hubungi pihak yang berkaitan di bawah ini bagi mendapat penjelasan yang lebih jelas:

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
  • Talian Telefon: 088 338 338
  • Talian Whatsapp : 010 – 5828207
  • Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah https://padans.sabah.gov.my/

Leave a Comment