BANTUAN SABAH 2025 RM300 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT

BANTUAN SABAH 2025 RM300 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT

Negeri Sabah merupakan antara negeri yang menunjukkan kadar konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu terutamanya di kawasan pedalaman.

Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sabah agar dapat meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar terutama sewaktu perayaan utama di negeri ini.

Bagaimanakah bantuan Sabah 2025? Sila ikuti pembacaan dibawah untuk ketahui info-info dan maklumat yang lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Penerima bantuan haruslah mempunyai senarai kelayakan seperti dibawah:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Penyaluran bantuan ini telah diumumkan oleh Kerajaan Sabah iaitu bermula pada:

BANTUANTARIKH BAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan telah mula disalurkan pada
17 Februari 2025, Isnin

Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama.

Catatan : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

JUMLAH BANTUAN SABAH 2025

Setiap penerima yang berkelayakan akan menerima jumlah bantuan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900.

Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan.

CARA PENYALURAN BANTUAN

Penerima bantuan akan disalurkan bantuan dengan tiga cara iaitu:

  • Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
  • Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH 2025

Rakyat yang menepati semua kelayakan boleh membuat semakan status bantuan ini dengan merujuk panduan dibawah:

  1. Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi berikut: https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

1 thought on “BANTUAN SABAH 2025 RM300 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT”

  1. ASSALAMUALAIKUM KERAJAAN WILAYAH SABAH..JUTAAN TERIMAKASIH TAK TERHINGGA ATAS BANTUAN INI..MANTAP DAN PADU SABAH MAJU JAYA

    WALAIKUMSALAM

    Reply

Leave a Comment