BANTUAN RM300 SEBULAN SABAH : 2025 ONLINE SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN RM300 SEBULAN SABAH : 2025 ONLINE SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Program SYUKUR ataupun Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat. Program ini juga merupakan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Mekanisme pelaksanaan Program SYUKUR ini diluluskan oleh Kabinet Negeri. Pada hari Rabu yang lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah mengarahkan agar melaksanakan bantuan program ini dengan serta merta.

Bagaimanakah bantuan rm300 sebulan Sabah? Sila ikuti maklumat serta info-info lanjut dibawah bagi mengetahuinya dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

PENGENALAN BANTUAN SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan suatu usaha yang dilakukan bagi membasmi masalah kemiskinan yang serius di Sabah. Inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah ini juga adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Pergerakan mengesan golongan miskin dan miskin tegar akan dilakukan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Hal ini bagi memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.

Seterusnya nama-nama yang diperoleh akan diselaraskan pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan pelaksanaan secara berperingkat. Pada peringkat awal, program ini bakal mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Melalui program bantuan ini juga, amatlah diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya sewaktu musim perayaan utama.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SABAH

Bantuan Sabah ini mempunyai beberapa kelayakan yang perlu ada pada penerima bantuan ini seperti:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

*Nota : Sekiranya anda memenuhi yang ditetapkan seperti di atas, anda juga layak untuk memohon.

JUMLAH BANTUAN

Sebanyak RM300 sebulan akan disalurkan kepada penerima selama tempoh setahun. Pemberian bantuan ini membabitkan dana peruntukan sebanyak RM358.5 juta telah diperuntukkan supaya dapat membantu serba sedikit rakyat Sabah yang memerlukan.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN SABAH

Bantuan Sabah ini dikatakan akan disampaikan bermula pada bulan Februari 2025. Penyaluran bantuan ini dilaksanakan secara berfasa dan disampaikan dalam bentuk pakej kepada penerima yang layak dan memerlukan.

Setakat ini, tarikh rasmi belum diumumkan lagi oleh pihak kerajaan Sabah. Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sejurus sahaja dihebahkan..

SEMAKAN STATUS BANTUAN RM300 SEBULAN SABAH

Semakan status penerima yang layak belum dibuka oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, hal ini akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment