BANTUAN RM300 SABAH BAYARAN : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Pelbagai inisiatif dan bantuan telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.
Jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara iaitu hanya 0.2 peratus.
Hal ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Bagaimanakah bantuan rm300 Sabah bayaran? Sila ikuti info-info dan maklumat lanjut dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam.
BACA JUGA: PORTAL EKASIH
APA ITU BANTUAN SABAH
Berdasarkan Belanjawan Sabah 2025 yang telah dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah telah diwujudkan yang mana melibatkan peruntukan RM358.5 juta.
Motif utama program ini adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup dan mengurangkan krisis kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah khususnya golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan akan diagihkan kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SABAH
Penerima bantuan ini mestilah mempunyai semua kriteria dibawah:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
JUMLAH BANTUAN SABAH
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Sabah daripada golongan miskin dan miskin tegar adalah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300
Pembayaran bantuan Sabah ini akan disalurkan pada:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Bantuan Sabah dijangka akan dilaksanakan bermula pada Februari 2025. Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SABAH BAYARAN
Maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
Masuk kah sudah
Sy peneriima brg dapur utk thun 2025 kwtwgori bujang blehkah pihak tuan kirmkan masa tarkh da cara mengambil