BANTUAN RM200 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN RM200 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Penerima bantuan SARA MyKasih 2025 kini semakin berhemah dalam membeli barangan keperluan asas di pasaraya. Hal ini menunjukkan kesan positif terhadap usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah bantuan rm200 dalam MyKad? Ikuti info selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM200 DALAM MYKAD

Penerima boleh membuat semakan secara dalam talian dengan mengikuti panduan dibawah:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

PANDUAN MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN ASAS DI PASARAYA

Prosedur untuk pembelian barangan asas di pasaraya adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

BARANGAN KEPERLUAN DIBELI DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD

Jenama barangan yang berikut adalah yang boleh dibeli oleh penerima bantuan:

  1. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  2. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  3. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  4. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  5. Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  9. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  10. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  11. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  12. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  13. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment