BANTUAN LESEN PERCUMA : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN 2025 ONLINE

BANTUAN LESEN PERCUMA : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN 2025 ONLINE

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Program MyLesen B2 JPJ masih diteruskan pada tahun ini. Hal ini telah tertera dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, bantuan ini juga turut diperluaskan dengan pemberian topi keledar percuma untuk keselamatan kanak-kanak yang mana akan memanfaatkan 67,000 keluarga susah di Malaysia.

Apakah bantuan lesen percuma? Sila teruskan pembacaan dibawah untuk mengetahui info-info terkini dan maklumat baharu dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: PORTAL EKASIH

APA ITU MYLESEN B2 JPJ

Program MyLesen B2 adalah program kerajaan membantu penerima yang tidak mampu untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas 2. Hal ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam menanggung segala kos yang dikeluarkan.

Bantuan ini adalah disasarkan untuk menaiktaraf kehidupan B40 serta supaya dapat membuka lebih peluang untuk menambah pendapatan.

SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Beberapa syarat akan dikenakan untuk membuat permohonan bantuan ini seperti yang disenaraikan dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat Fizikal Dan Mental
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

CARA PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Anda perlu mengisi borang permohonan dan pastikan maklumat yang diisi adalah tepat bagi mengelakkan kekeliruan dan masalah berlaku.

Pastikan juga anda menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.

Borang permohonan boleh dapati di sini [BORANG PERMOHONAN]

Walaubagaimanapun, pendaftaran akan dibuka sehingga kuota sejumlah 15,000 peserta telah dipenuhi.

SYARAT PENYERTAAN MyLESEN B2

Peserta program haruslah mematuhi beberapa syarat penyertaan yang disenaraikan seperti berikut:

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  • Program akan berlangsung bermula Febuari 2025 sehingga Oktober 2025.

RUJUKAN

Perkongsian ini hanya untuk tujuan memudahkan pencarian pengguna mengenai maklumat serta info bantuan terkini yang dirujuk daripada Portal Rasmi.Sebarang pertanyaan atau kekeliruan boleh dikemukakan dengan menghubungi pihak berkaitan dibawah.

6 thoughts on “BANTUAN LESEN PERCUMA : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN 2025 ONLINE”

Leave a Comment