BANTUAN IC RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA RAHMAH

BANTUAN IC RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA RAHMAH

Penyaluran bantuan melalui kad pengenalan kepada penerima merupakan idea yang bernas bagi memastikan penerima dapat membeli barangan keperluan yang secukupnya dengan bantuan yang diberi.

Hal ini membantu rakyat yang tidak berkemampuan dalam membeli keperluan diri untuk meneruskan kehidupan.

Bagaimanakah bantuan IC rm100? Sila teruskan pembacaan untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi.

BACA JUGA: BANTUAN ASAS SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Penerima mestilah memiliki syarat-syarat dibawah untuk mendapat bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI yang dimasukkan ke dalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN IC RM100 2025

Penerima bantuan melalui IC boleh buat semakan secara dalam talian menggunakan dua kaedah berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

PANDUAN MEMBELI BARANGAN BANTUAN IC RM100 2025

Pembelian yang dibuat menggunakan bantuan dalam IC adalah melalui kaedah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

2 thoughts on “BANTUAN IC RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA RAHMAH”

Leave a Comment