BANTUAN IBU BERSALIN (SEMAKAN & PERMOHONAN)
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan satu inisiatif bantuan kepada masyarakat Sarawak terutamanya golongan ibu bersalin. Setiap ibu yang baru sahaja melahirkan anak akan mendapat bantuan wang tunai sebanyak RM 450. Permohonan terbuka kepada semua ibu-ibu yang layak dan melepasi syarat yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan & permohonan Bantuan Ibu Bersalin? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : MOHON BIASISWA PENDIDIKAN MAXIS : APPLY NOW
BANTUAN IBU BERSALIN
YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan pemberian Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 semasa membentangkan Belanjawan Negeri 2020. Bantuan ini bertujuan untuk membantu ibu-ibu mengurus keperluan selepas melahirkan anak, termasuk pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Bantuan ini terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosioekonomi dengan syarat berstatus “K”.
SEMAKAN KELAYAKAN
Pemohon yang ingin memohon bantuan ini mestilah melepasi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
- Pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K” atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K”.
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Permohon boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu secara dalam talian dan manual. Sebelum membuat permohonan, ibu-ibu perlulah menyediakan beberapa dokumen yang diminta seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan atau pasport ibu.
- Salinan kad pengenalan atau pasport pasangan atau penjaga.
- Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
- Salinan penyata akaun bank terkini.
- Salinan surat pengesahan doktor, nota discaj, atau sijil lahir bayi.
Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat. Pengecualian diberikan bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.
CARA
PERMOHONAN ONLINE
- Layari pautan https://isarawakcare.sarawak.gov.my/.
- Pemohon boleh tukar bahasa sama ada Bahasa Melayu atau English di sebelah kiri bahagian bawah.
- Kemudian, klik [Mohon Sekarang] pada bahagian kanan atas.
- Seterusnya, pilih Bantuan Ibu Bersalin dan tekan [Mohon Sekarang].
- Sekiranya pemohon ingin melihat cara memohon terlebih dahulu, boleh klik pada [Cara Memohon].
- Bagi pemohon yang sudah mempunyai SarawakID dan kata laluan, boleh terus klik pada [Login].
- Bagi pemohon yang baru, boleh klik [Register] dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
- Kemudian, login dengan masukkan SarawakID dan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Inisiatif Bantuan Ibu Bersalin].
- Isi borang inisiatif dengan maklumat yang tepat.
- Lampirkan semua dokumen sokongan bersama borang permohonan.
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- Klik pada butang [Lihat Permohonan] untuk mengetahui status permohonan anda telah dihantar.
- Selesai.
PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Dapatkan borang permohonan di:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah.
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
- Pejabat Urus Setia BIB di Kuching, Negeri Sarawak.
- Isi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan benar.
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan.
- Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat.
- Kemudian, hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWKPK.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan BIB, boleh terus berhubung melalui:
- Laman web : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/.
- No. Telefon : 014-6881398 (Whatsapp) / 082-442050
- E-mel : [email protected]
Klau mcm saya yang terlepas tentang bantuan ni boleh mohon lg tak…anak saya sudh umur 1tahun 5bulan